Ikuti Blog Cheritera

Saturday, December 11, 2010

BENGKEL / KURSUS KEJURULATIHAN

Salam perguruan untuk rakan2 yg melayari blog ini,

Esok ( Ahad ) 12/12/2010 akan diadakan kursus kejurulatihan untuk menyeragamkan langkah setiap jurulatih pada setiap gelanggang.  Kursus ini khusus untuk membetulkan mana2 buka langkah ataupun ibu2 asas sekiranya masih ada ketidaksamaan.  Oleh yg demikian, besarlah harapan saya supaya jurulatih2 kanan yang telah membuka atau mempunyai gelanggang masing2 agar dapat hadir ke kursus ini agar ketidakseragaman dapat diatasi.  Dalam kusus ini, En. Othman bin  Hj. Ideris atau lebih mesra dengan panggilan Wak Man akan menunjuk ajar ibu dan langkah yg sebetulnya supaya jurulatih2 yg hadir dapat membantu anak2 murid dari mana2 gelanggang dalam negeri Johor amnya sekiranya melawat gelanggang2 tertentu nanti.

Kursus ini juga adalah antara langkah awal pengiktirafan kepada para jurulatih.  Mereka yg memperolehi sijil selepas menjalani kursus ini seolah2 diberi lesen kebenaran untuk mengajar ataupun mengembangkan Silat Lintau di mana2 yg sesuai dgn lebih fleksibel.  Namun begitu, syarat2 asas perlu dipatuhi.  Oleh yang demikian, masih ada ruang utk mengikuti kursus ini pd pg esok. Pendaftaran bermula 8.30 pg hingga 9.30 pg.  Diharapkan jurulatih2 yg membaca nukilan ini terbuka hatinya untuk menyertai kursus ini dan sempat hadirkan diri pd pg esok.

Saya juga berharap agar para peserta tidak saling menyalahkan sekiranya ada ketidaksamaan antara satu sama lain.  Semua peserta yg hadir perlu akur dan patuh dgn latihan yg diajarkan secara langsung oleh Wak Man.  Diharapkan juga, tiada bantahan atau timbul rasa tak puashati dalam kalangan peserta terhadap jurulatih mereka sebelum ini.

Harapan saya, semoga kursus ini dapat berjalan dengan lancar dan sempurna.  Terima kasih saya ucapkan  kepada yg membantu sama ada secara langsung atau tidak untuk menjayakan program ini.  Segala silap dan salah serta kekurangan sepanjang program ini berlangsung, sy wakil urusetia yg melaksanakan program ini mohon jutaan ampun dan maaf.

Semoga Seni Silat Lintau Johor akan terus berkembang dan dikenali ramai.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Related Posts with Thumbnails