Ikuti Blog Cheritera

Thursday, March 17, 2011

Kursus Kejurulatihan

Salam Seperguruan.

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada jurulatih-jurulatih yang dapt menghadirkan diri mengikuti Kursus Kejurulatihan Lintau pada akhir tahun lepas. Untuk pengetahuan rakan2, tidak ramai jurulatih yang hadir atas sebab2 tertentu dan tidak dapat dielakkan.  Namun begitu, objektif Kursus telah tercapai dengan keseragaman buka langkah dan ibu asas dalam perguruan dilaksanakan. Semua jurulatih yg hadir diiktiraf sebagai jurulatih yang boleh membetulkan dan mengembangkan ilmu seni silat lintau di mana2 lokasi gelanggang yang dibuka khususnya di dalam negeri Johor.
Mereka yang hadir mendapat tunjuk ajar secara langsung daripada En. Othman bin Hj. Ideris @ Wak Man yang merupakan Ketua Jurulatih Negeri Johor.  Mana2 pergerakan yang diajar oleh beliau merupakan langkah sebenar dan yang sepatutnya diajar kepada pelatih2 silat yang baru. Terima kasih kepada Wak Man yang turun padang mengajar ibu asas kepada jurulatih yang datang.

Oleh yang demikian, tanggungjawab jurulatih2 tersebut ditagih untuk meuwar2 kan langkah sebenar kepada ahli di gelanggang lain dan apa yang mereka ajar adalah digunapakai dan perlu diikuti.  Perhatian kpd jurulatih2 yang tidak dpt hadir pada kursus tersebut, diharap dpt menerima perubahan ini dgn hati terbuka.  Semua yang dilaksanakan adalah untuk perpaduan dan kemantapan dalam Perguruan Silat Lintau Johor.
Sekian, salam ukhuwah utk semua.

Saturday, December 11, 2010

BENGKEL / KURSUS KEJURULATIHAN

Salam perguruan untuk rakan2 yg melayari blog ini,

Esok ( Ahad ) 12/12/2010 akan diadakan kursus kejurulatihan untuk menyeragamkan langkah setiap jurulatih pada setiap gelanggang.  Kursus ini khusus untuk membetulkan mana2 buka langkah ataupun ibu2 asas sekiranya masih ada ketidaksamaan.  Oleh yg demikian, besarlah harapan saya supaya jurulatih2 kanan yang telah membuka atau mempunyai gelanggang masing2 agar dapat hadir ke kursus ini agar ketidakseragaman dapat diatasi.  Dalam kusus ini, En. Othman bin  Hj. Ideris atau lebih mesra dengan panggilan Wak Man akan menunjuk ajar ibu dan langkah yg sebetulnya supaya jurulatih2 yg hadir dapat membantu anak2 murid dari mana2 gelanggang dalam negeri Johor amnya sekiranya melawat gelanggang2 tertentu nanti.

Kursus ini juga adalah antara langkah awal pengiktirafan kepada para jurulatih.  Mereka yg memperolehi sijil selepas menjalani kursus ini seolah2 diberi lesen kebenaran untuk mengajar ataupun mengembangkan Silat Lintau di mana2 yg sesuai dgn lebih fleksibel.  Namun begitu, syarat2 asas perlu dipatuhi.  Oleh yang demikian, masih ada ruang utk mengikuti kursus ini pd pg esok. Pendaftaran bermula 8.30 pg hingga 9.30 pg.  Diharapkan jurulatih2 yg membaca nukilan ini terbuka hatinya untuk menyertai kursus ini dan sempat hadirkan diri pd pg esok.

Saya juga berharap agar para peserta tidak saling menyalahkan sekiranya ada ketidaksamaan antara satu sama lain.  Semua peserta yg hadir perlu akur dan patuh dgn latihan yg diajarkan secara langsung oleh Wak Man.  Diharapkan juga, tiada bantahan atau timbul rasa tak puashati dalam kalangan peserta terhadap jurulatih mereka sebelum ini.

Harapan saya, semoga kursus ini dapat berjalan dengan lancar dan sempurna.  Terima kasih saya ucapkan  kepada yg membantu sama ada secara langsung atau tidak untuk menjayakan program ini.  Segala silap dan salah serta kekurangan sepanjang program ini berlangsung, sy wakil urusetia yg melaksanakan program ini mohon jutaan ampun dan maaf.

Semoga Seni Silat Lintau Johor akan terus berkembang dan dikenali ramai.

Sekian, terima kasih.

Saturday, December 4, 2010

KURSUS KEJURULATIHAN PPSSLM NEGERI JOHOR 2010

ASSLAMUALAIKUM

PERHATIAN KEPADA SEMUA JURULATIH KANAN PPSSLM NEGERI JOHOR, KURSUS KEJURULATIIHAN YANG BANYAK KALI TERTANGGUH, AKAN DIJALANKAN BERDASARKAN BUTIRAN BERIKUT :
TARIKH : 12 DISEMBER 2010 ( AHAD )
MASA   : 8.30 PG ( PENDAFTARAN ) HINGGA 6.30 PTG 
TEMPAT :  DEWAN ORANGRAMAI FELDA BUKIT APING BARAT, KOTA TINGGI, JOHOR
PENDAFTARAN : RM50/0RG


JURULATIH YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI KURSUS INI HENDAKLAH MENGHANTAR NAMA KEPADA SDR. MUHAMMAD SHAFIQ  BIN  HASHIM (PENOLONG S/U) SELEWAT2NYA PADA 10/12/2010 JAM 2 PTG DI TALIAN 017-7441610 SELEPAS MEMBUAT BAYARAN PENYERTAAN.


YURAN PENYERTAAN HENDAKLAH 'DIBANK IN KAN ' KE 
AKAUN AMBANK ( 215 002 009 8688 ) MUHAMMAD SHAFIQ BIN HASHIM DAN SILA BAWA SLIP TERSEBUT SEMASA PENDAFTARAN DI DEWAN.


PENYERTAAN YG LEWAT TIDAK AKAN DILAYAN.

PESERTA HENDAKLAH BERPAKAIAN LENGKAP PAKAIAN RASMI PPSSLM NEG JOHOR ATAU SEKURANG2NYA BAJU SILAT OLAHRAGA BERTALI PINGGANG MERAH.

DIHARAPKAN KURSUS INI MENDAPAT SAMBUTAN DARIPADA JURULATIH KANAN.
SEGALA PERTANYAAN BOLEH BERHUBUNG DENGAN SETIAUSAHA, SDR. SA'ADON  BIN  MOHD. CHAKRAM DI TALIAN 012-7757704 ATAU SDR. AZMAN  BIN  ABU YAMIN DI TALIAN 017-7702400.

SEMOGA KURSUS INI DAPAT BERJALAN LANCAR DAN SEMPURNA.  HARAP MAKLUM.
SEKIAN, TERIMA KASIH.

Saturday, November 27, 2010

BENGKEL / KURSUS KEJURULATIHAN

Salam ukhuwah.
Perhatian kepada semua jurulatih kanan gelanggang, bengkel @ kursus jurulatih akan dilaksanakan berdasarkan butiran berikut :-
perkara : kursus/bengkel kejurulatihan PPSS Lintau Malaysia Negeri Johor
              i)   keseragaman buka dan tutup langkah
              ii)  pemurnian ibu-ibu asas
tarikh : 5 Disember 2010 ( ahad )
masa : 8.30 pg ( pendftaran ) hingga 6.30 ptg
tempat : Dewan Orangramai Felda Bukit Aping Barat, Kota Tinggi
fasilitator : En. Othman  bin  Hj. Ideris ( Wak Man )
                En. Shamsudin bin  Mohamed
                En. Azman  bin  Abu Yamin
yuran pendftaran : RM50/org
Jurulatih2 yg berminat utk menyertai kursus ini sila maklumkan kepada Setiausaha di talian 0127757704 sebelum 29 November 2010 jam 2 ptg. Maklum balas positif daripada tuan2, amat diperlukan. segala pertanyaan boleh diajukan kepada Setiausaha PPSSLM Neg Johr di talian yang diberikan.  Sasaran kursus ini ialah mesti dihadiri oleh sekurang-kurangnya 20 jurulatih dari seluruh negeri Johor. Andai, tiada maklum balas yg diperolehi, aktiviti ini mungkin akan tertangguh lagi.
Oleh yang demikian, mohon kerjasama dan perhatian dari semua jurulatih PPSSLM Neg Johor. Tq
Related Posts with Thumbnails