Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Untuk makluman semua ketua jurulatih gelanggang di dalam negeri Johor, satu mesyuarat AJK Penaja akan diadakan berdasarkan butiran berikut :
Tarikh : 31 Mei 2009 ( Ahad )
Tempat : 125, Felda Aping Barat, Kota Tinggi, Johor. ( Rumah Wak Man )
Masa : 9.00 pagi ( dah mula )
Agenda :
i) Ucapan alu-aluan Ketua Jurulatih Negeri
ii) Ucapan Pengerusi
iii) Laporan Aktiviti oleh Setiausaha dan Bendahari ( Kewangan )
iv) Pengesahan Perlembagaan PP Seni Silat Lintau Malaysia Negeri Johor
v) Laporan ringkas daripada setiap ketua jurulatih gelanggang yang hadir.
vi) Hal-hal lain
vii) Jamuan dan bersurai
Mohon kerjasama dari semua AJK Penaja, ahli majlis perlembagaan dan para ketua jurulatih gelanggang dalam negeri Johor diharap dapat meluangkan masa untuk hadir bersama-sama menjayakan mesyuarat ini. Sekiranya, saudara2 mempunyai emel, boleh maklumkan kepada setiausaha di emel, wangbesar_global@yahoo.com dengan kadar segera.
Draf perlembagaan yg sedia ada boleh di hantar melaluinya dan di download.
Harap maklum dan sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment