Ikuti Blog Cheritera

Monday, March 2, 2009

Cheritera...Lintau Part 1

Seni Silat Lintau ini asalnya dari Minangkabau, Indonesia. Diperkenalkan dan diilhamkan dari pengasasnya, seorang pendekar pada masa itu dikenali dengan nama Mahaguru Baginda Zahiruddin atau lebih dikenali dengan gelaran Panglima Lidah Hitam. Asal nama Lintau dikatakan diambil sempena nama sebuah kampung di mana tempat tersebut dijadikan gelanggang seni tempur untuk memilih hulubalang terbaik kepada baginda Raja pada masa itu. Diceritakan bahawa Panglima Lidah Hitam adalah pengamal Seni Silat Harimau sehinggalah selepas pertandingan sayembara tersebut, beliau diminta untuk mengilhamkan sebuah perguruan baru yang berasal daripada pergerakan kependekaran 3 pendekar pada masa itu.
Dalam pertembungan terakhir, diberitakan terdapat 3 orang pendekar dari perguruan yang berbeza, saling tidak dapat menewaskan antara satu sama lain ketika pemilihan tersebut. Pendekar2 tersebut ialah pendekar dari Perguruan Terlak, Pendekar Perguruan Sendeng dan Panglima Lidah Hitam ( Perguruan Harimau ). Disebabkan mereka saling tidak tertewas, maka ketiga2 pendekar tersebut telah dilantik sebagai hulubalang @ panglima kepada Raja pada masa itu. Namun begitu, Raja tetap mahukan seorang daripadanya sebagai ketua. Maka Orang Kanan Raja dengan bijaknya telah berbicara tentang ayat Khatam masing2. Beliau mendapati ayat Khatam Panglima Lidah Hitam adalah yang terbaik. Disebabkan itulah, Panglima Lidah Hitam diminta untuk menyatukan tiga perguruan tersebut menjadi satu.
Untuk tidak menimbulkan rasa kecil hati kepada para pendekar, nama baru perlu diberi kepada pergerakan silat tersebut. Maka secara rasminya nama LINTAU diberi bersempena nama tempat atau kampung di mana sayembara tersebut berlangsung. Difahamkan sejak hari tersebut, Panglima Lidah Hitam telah memperkenalkan langkah Lintau kepada penduduk setempat dan ia berkembang sehingga ke Nusantara / Tanah Melayu.

bersambung.....................................

www.modalniaga.com/mn1101.htm

No comments:

Related Posts with Thumbnails