Ikuti Blog Cheritera

Tuesday, January 6, 2009

Mandi Limau 2008

Ahli baru mendengar penerangan Mandi Limau
dengan penuh minat.

Majlis Mandi Limau di rumah En. Othman b. Hj. Ideris atau lebih mesra dengan panggilan Wak Man telah berlangsung pada 18 Ogos 2008 ( Ahad ) yang lalu. Lambat sikit ceriteranya nak kuar kerana ada masalah teknikal sikit. Seramai 17 orang ahli baru yang menyertai majlis ini iaitu 11 lelaki dan 6 perempuan serta seorang ahli lama ( saja suka2 nak main air ). Majlis ini merupakan satu daripada syarat untuk mereka yang baru nak belajar silat Lintau ni. Antara tujuannya, semoga cepat dapat apa yang diajar oleh jurulatih. Selain itu, dapatlah berkenalan dengan ketua jurulatih negeri Johor. Wak Man, orangnya sederhana dan mudah mesra. Kami dalam perguruan ini dah seperti satu keluarga. Kekadang tu, memang kecoh bila berborak-borak, tetapi tetap berbatas. Kami sampai ke rumah Wak Man kira-kira jam 3 ptg disambut dengan mesra oleh beliau dan isterinya. Majlis Penerangan Mandi Limau bermula 3.30 ptg , disampaikan oleh Wak Man dengan penuh semangat. Ada juga sesi soal jawab ketika penerangan tersebut dijalankan apabila Wak Man memberi peluang kepada ahli baru untuk menyoal sekiranya ada kemusykilan. Adalah beberapa soalan yang diberikan oleh ahli Lintau Waha tu.

Selesai majlis penerangan, mereka dikehendaki mandilah. So, Laksamana la kena mandikan mereka. Lelaki sahaja. Ahli perempuan kena dimandikan ramai2 oleh Wak Man. Majlis hari itu selesai jam 5.30 ptg. Selesai majlis, Wak Man minta ahli yang datang tidak pulang awal kerana ada majlis Marhaban pada malam tersebut. Aku membenarkan mereka tinggal di sana selepas berbincang dan mereka setuju dengan permintaan Wak Man. Aku perlu pulang ke rumah kerana ada hal yang perlu dilakukan. Aku menyerahkan tugas mengawasi ahli tersebut di tangan Shafiq ( pembantu jurulatih kanan ). Aku diberitahu mereka pulang pada malam itu (majlis selesai) kira-kira 10 malam dan selamat pulang. Rata-rata ahli yang pergi, berasa seronok dan teruja menjalani majlis tersebut. Doaku semoga semua ahli yang menyertai Majlis Mandi Limau ni, dapat cepat Khatam.



Ketua Jurulatih Silat Seni Lintau Negeri Johor
En. Othman bin Hj. Ideris @ Wak Man



Sebahagian ahli Lintau Waha yang menyertai
Majlis Mandi Limau,
sempat 'berposing' sebelum Mandi Limau.
Sempoi jer kan......

No comments:

Related Posts with Thumbnails