Ikuti Blog Cheritera

Tuesday, January 6, 2009

AJK Lintau Waha 2009/10

Alhamdulillah, pada hari Ahad yang lalu (4.1.09) Lintau Waha berjaya menjalankan mesyuarat tahunannya. Terima kasih kepada ahli yang hadir terutamanya ahli lama yang dah lama tak turun gelanggang. Kekira 2/3 daripada jumlah ahli telah sudi datang. Maknanya cukup korum lah. Terima kasih kepada AJK lama yang telah menjalankan tugasnya dengan cemerlang. Banyak perkara yang berjaya dibincangkan. AJK termasuk Pengerusi telah memberikan laporan dan difahami serta dipersetujui sebulat suara. Mesyuarat berjalan dengan lancar dan dalam suasana mesra. Antara aktiviti yang berjaya dijalankan seperti membuat persembahan menyambut pengantin, lawatan sosial ke gelanggang Lintau yang lain dan menyertai Kem Waja Diri peringkat negeri Johor di Dataran Ledang. Aktiviti rutin, seperti biasa latihan / turun gelanggang setiap hari jumaat dan sabtu bermula 9 malam.

Aktiviti yang telah dirancang sepanjang tahun 2009, antaranya lawatan sambil belajar ke Makam Panglima Lidah Hitam di Muar dan XPDC Gunung Ledang. Sapa2 yang berminat, lehla maklumkan kepada kami. InsyaAllah jika perancangannya bagus, kami akan pergi. Cuma masa, tarikh dan harinya belum ditentukan. AJK baru la kena buat perancangan yang bagus untuk ke sana. Tahniah la sekali lagi untuk AJK baru yang dilantik dan dipilih sebuat suara agar dapat menjalankan tugas dengan lebih baik. Bersama-sama lah kita bersatu memartabatkan warisan Melayu terutamanya Seni Silat Lintau ke peringkat tertinggi.

ORGANISASI PPS SILAT LINTAU CAWANGAN SIMPANG WAHA

KETUA JURULATIH : CIKGU SAADON BIN HJ. MOHD. CHAKRAM

PENGERUSI : MUHAMAD SHAFIQ BIN HJ. HASHIM
TIMBALAN : NORFAZUALITA BTE ABDUL HAMID
NAIB : MOHD. AZZEROY BIN SEMAN
SETIAUSAHA : NURUL AMIRAH BTE SENIN
PENOLONG : JUNI HAKIM BIN SIRAJUDDIN
BENDAHARI : ROZA ABEZA BTE ROZAN
PENOLONG : MOHD. HAIRUN NIZAM BIN MOHD. CHAKRAM

AJK
KHARIL AZHAR BIN SAMAN
MOHD. ALIF BIN OTHMAN
HAMIZAH BTE HAMZAH
NUR AISHAH BTE OMAR

PEMERIKSA KIRA-KIRA
IMRAN HARRON

No comments:

Related Posts with Thumbnails