Ikuti Blog Cheritera

Tuesday, December 29, 2009

Majlis Khatam

Alhamdulillah, pada 16 Disember 2009 (Rabu) yang lalu satu Majlis Khatam telah berjaya dilaksanakan dengan baik. Setelah hampir setahun majlis ini dinantikan dan banyak kali tertangguh termasuklah pada tarikh yang telah dirancang, akhirnya terlaksana jua. Hanya 7 orang pesilat sahaja yang layak dikhatamkan oleh Wak Man pada hari tersebut seterusnya mengembalikan nostalgia suasana khatam pada zaman dahulu. Mereka terdiri daripada ahli silat dari gelanggang Sening dan Instedt yang diketuai oleh ketua jurulatihnya Sdr. Mohd. Taib bin Hassan. Tahniahlah kepada beliau yang berjaya membawa anak buahnya untuk khatam pada kali ini. Walaupun jumlahnya tidak ramai, tetapi menurut Wak Man ia sudah cukup memadai. Majlis berjalan lancar bermula dari awal sehingga keesokan harinya. Terasa hilang rindu untuk merasai suasana berkhatam seperti sebelum Majlis Khatam kami yang terakhir sebelum ini. Beberapa jurulatih berpengalaman turut hadir untuk menyerikan majlis. Diharapkan Majis ini dapat diteruskan pada tahun akan datang.

1 comment:

Al-Ikhwan said...

salam dari anak lintau muda.
terima kasih hamba kepada semua jurulatih yang banyak membantu hamba khatam walaupun agak kurang sempurna diri ini dan berat jiwa untuk menerimanya. doakan amanat ini saya kembangi di Melaka nanti ya.. tlg tunjjuk ajar cara membuka gelanggang di tempat baru, kerana amanat ini telah dipanjangkan ke wak man dan mendapat perkenannya. Insyaallah, same2 lah kalian membantu hamba.

Related Posts with Thumbnails