Ikuti Blog Cheritera

Monday, October 12, 2009

Majlis Khatam Silat

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

perhatian kepada semua ahli Lintau Johor, Majlis Khatam Silat akan diadakan pada 23 Oktober 2009 ( Jumaat ). Majlis akan berlangsung di rumah Wak Man. Mana-mana ahli yang ingin turut serta, mohon maklumkan kepada saya dengan segera. Antara gelanggang yang berhasrat untuk menghantar ahlinya berkhatam seperti Gelanggang Waha ( 2 0rang ), Gelanggang Instedt ( 2 orang ) dan Gelanggang Kledang ( 11 orang ). Jumlah yang setakat ini adalah memadai dan mencukupi untuk dilaksanakan selama semalaman sahaja.
Maklumat terkini akan dimaklumkan dengan segera. Mana-mana ahli lama yang telah khatam, jika ada kelapangan masa, mohon datang ke rumah Wak Man semasa majlis berlangsung.

2 comments:

Al-Ikhwan said...

salam dari anak lintau yang turut dikhatamkan pada 16 disember 2009.

mahu skali hamba bertanya tentang bagaimana prosedur membuka gelanggang di sesuatu kawasan baru. Hamba ingin mengembangkan amanat pewaris ilmu kepada generasi baru di Melaka dan amanat ini telah diperkenankan secara tak rasmi oleh Wak Man. diharapkan saudara sedia membantu...

bersama kembangkan warisan melayu,

dari: anak lintau INSTEDT...

Laksamana Lintau said...

antara langkah2 yg perlu diambil ialah
1. memaklumkan dan mohon kebenaran membuka gelanggang drpd ketua kampung atau org penting di kawsan tersebut,
2. memaklumkan kepada pihak berkuasa (polis)yg berhampiran,
3. memaklumkan kpd PESAKA daerah tersebut,
4. memastikan anda mempnyai tauliah untuk mengajar atau sekurang2nya sudah ada sijil khatam silat. sila maklumkan hal ini kpd ketua jurulatih anda,
5. maklumkan kepd jurulatih anda di Instedt
6. ikut undang2 dan peraturan Lintau Johor

setakat ini, yg tersebut itu adalah prosedur untuk membuka glgg di tempat baru.
harap dapat membantu. trima kasih

Related Posts with Thumbnails