Alhamdulillah, pada 31 Mei 2009 telah berlansung satu mesyuarat AJK Penaja PPSS Lintau Malaysia Negeri Johor. Antara keputusan yang telah diambil adalah
i) Persatuan akan bergerak sendiri ( berdikari ) tanpa mengharapkan naungan dari Lintau Perak secara langsung.
ii) Wak Man akan mengetuai majlis rasmi PPSS Lintau Malaysia Negeri Johor seperti menguruskan Majlis Mandi Limau untuk ahli baru dan Majlis Khatam Silat selainmemberi taklimat atau kursus yang berkaitan.
iii) Urusan lencana akan dibuat oleh Gelanggang Simpang Waha. Oleh itu, sesiapa yang berminat, terutama ketua-ketua jurulatih gelanggang boleh menempah daripada Pengurusan Gelanggang Waha. Lencana Lintau seperti yang digunapakai oleh kebanyakan ahli dari gelanggang Lintau Waha dan Sening/Kledang.
iv) Mengemaskini perlembagaan sedia ada untuk lebih dimurnikan. Satu mesyuarat mengenainya akan dibuat dalam masa terdekat.
v) Pembukaan gelanggang baru akan terus diusahakan. Antara yang akan datang dalam perancangan ialah gelanggang SMK Seri Aman. Gelanggang2 lain diharap dapat menambahkan bilangan ahli dan mengekalkannya.
vi) Kursus Kejurulatihan untuk Ketua-ketua Jurulatih Gelanggang dan Pembantu Utama akan diadakan pada masa terdekat.
vii) Lawatan AJK PPSSLM Negeri akan kebih kerap untuk dilaksanakan. Oleh itu, mana-mana jurulatih yang ingin gelanggangnya dilawati, bolehlah menghubungi Setiausaha di talian o127757704. Mereka akan cuba sedaya upaya untuk sampai ke temapt anda.
viii) Harapan agar para jurulatih lama sama ada aktif atau tidak, diharap dapat menghubungi wakil AJK Penaja untuk mengemaskini info ahli. Selain itu, semua ahli Lintau diharap dapat membuat kad keahlian yang baru dan terkini melalui ketua jurulatih gelanggang yang dilantik.
ix) Diminta dan diharapkan semua jurulatih di negeri Johor dapat menghadirkan diri ke mesyuarat akan datang sama ada dihubungi melalui telefon bimbit, surat, jemputan lisan atau melalui blog ini.
No comments:
Post a Comment