Ikuti Blog Cheritera

Wednesday, February 25, 2009

Laksamana kembali....

Salam kepada semua pembaca blog ini, semoga sejahtera selalu dan dirahmati Yang Esa hendaknya. Lama sungguh tak memberi berita di sini. Sejak balik bercuti tanpa rekod ( kerana isteri bersalin ) memang sibuk sesibuknye..... mana tidak ye...... nak layan wife.... 1st son and then 2nd son, n plus family mentua kat trengganu....Balik ke Jhr, ditambah dengan tugasan wajib yg perlu dibuat, memang tak menang tangan melayan. Sehandal mana pun seseorang pendekar tu.... ewah.... kalau nak menangkis kesibukan "serangan" menjaga family ni ditmbah tugasan wajib, memang leh semput gak. hehehe... Tahu kan pendekar pun manusia gak. Tahu makna penat.... heheheh....Kelahiran anak ke-2 kali ini paling lama bercuti. 12 hari termasuk cuti rehat khas dan cuti sakit plus sabtu ahad. Bagus jugak.... Lebih lama sikit bercuti. Yg paling penting, dapat azan dan qomatkan di telinga 2nd son ni. Yg abang dia x sempat, bg wakilkan pd tok ki dia je. Yg ni, sendiri dapat rasa..... Segala puji bagi Allah...... Ucapan ribuan terima kasih juga kepada isteri tercinta atas kelahiran ini........Syukur.....
Byk nak cerita.....
Buat masa ni.... Laksamana dah dapat 2 anak lelaki. Seorang Tuah dan yg second tu Jebat. Ok la tue leh masuk Pertandingan Silat Kategori Seni Tempur. Insyaallah....Dua2 nye melalui pembedahan. Yg ketiga kena cari TEJA (perempuan la pulak). Kesian kt mak dia. Asyik berperang ngan bakal pendekar tu karang. Ada sorang TEJA ok la, buat teman emaknya.... Bila? InsyaAllah kalau ada rezeki akan datang....
Ni pun br selesai buat tugasan wajib. Arahan org atasan. heheheh.... Kena buat gelanggang olahraga untuk Kejohanan Olahraga Sekolah2 Daerah. Penat memang penat... tp layan..... je la....

No comments:

Related Posts with Thumbnails