Ikuti Blog Cheritera

Tuesday, December 9, 2008

Al-kisah....

Gelanggang Lintau Cawangan Felda Simpang Waha secara rasminya dibuka pada 2 Februari 2001 dengan ahli seramai 7 orang. Mereka adalah belia/pelajar/anak peneroka sekitar Felda Gugusan Waha. Mereka berjaya menghadiri majlis mandi limau tetapi 5 daripadanya sahaja berjaya khatam. Selepas itu, tiga orang shj yg aktif sehingga berjaya menghasilkan anak buah yang berjaya khatam. Pada awal pembukaan gelanggang, ahlinya memang ramai kerana ahlinya terdiri daripada pelajar sekolah yang ada persatuan silat di sekolah. Sehingga pada satu masa terdapat lebih kurang 40 pesilat di gelanggang yang sedang belajar dengan penolong jurulatih kanan seorang dan dibantu pembantu jurulatih seramai 3-4 orang. Banyak aktiviti yang berjaya dilaksanakan oleh ahli Lintau Waha pada masa itu. Selain itu, kami juga berjaya melaksanakan aktiviti tersebut secara kerjasama dengan ahli dari gelanggang Lintau yang lain. Antara aktiviti tersebut adalah, XPDC mendaki Gunung Ledang, Tangkak dan Gunung Panti, Kota Tinggi, melawat makam Panglima Lidah Hitam ( Baginda Zahirudin ) di Parit Sakai, Muar dan membuat persembahan majlis Perasmian Stadium Bandar Penawar.

1 comment:

NoorGie said...

Semoga banyak lagi cerita2 yang memberangsangkan tentang aktiviti gelangang dimasa2 akan datang

Related Posts with Thumbnails