Ikuti Blog Cheritera

Saturday, December 20, 2008

Al-kisyahnye..... Pewaris....

Pembantu jurulatih kanan, Sdr. Muhammad Shafiq bin Hashim

Gelanggang Lintau Waha berjaya melahirkan ramai pembantu jurulatih kanan dan pembantu jurulatih sama ada ahli lelaki atau perempuan. Kehadiran mereka yang dilantik secara automatik sebagai pembantu jurulatih selepas khatam, berjaya mengembangkan silat Lintau di kawasan terdekat. Kerajinan mereka berjaya memenuhkan gelanggang yang boleh menampung kapasiti 30 orang dalam satu masa. Mungkin disebabkan semangat, kesabaran dan sikap bersungguh-sungguh mereka mengajar, ada seketika gelanggang Lintau Waha telah menampung lebih 40 orang pesilat dalam satu masa. Itu merupakan satu rekod yang akan diingati sampai bila-bila. Disiplin yang mereka tunjukkan telah dicontohi oleh ahli-ahli baru yang mula berjinak-jinak dengan silat Lintau.
Antara nama-nama pembantu jurulatih yang masih disegani dan diingati seperti Along, Ita, Azie, Fida, dan Amy ( sekadar menulis nama pesilat awal ). Sayangnya, disebabkan keadaan dan situasi semasa, ramai pembantu jurulatih terpaksa bekerja atau sambung belajar di luar kawasan tempat tinggal mereka, menyebabkan sukar untuk melatih ahli-ahli baru (turun gelanggang). Namun begitu, gelanggang Lintau Waha masih bersyukur kerana mempunyai pembantu jurulatih yang masih setia untuk melatih iaitu Sdr. Muhamad Shafiq bin Hashim ( gambar atas ). Di atas bahu beliaulah diletakkan tanggungjawab untuk meneruskan perjuangan persilatan Lintau Waha. Walaupun ahlinya kini tidak begitu ramai ( yang aktif turun gelanggang ), tapi semangat perjuangan harmoni untuk Memartabatkan Warisan Silat Melayu, Silat Lintau,tetap diteruskan. Selain itu, pembantu jurulatih lain seperti Along, Ita dan Ramizah masih turun gelanggang tetapi tidak sekerap dulu. Kepada ahli Lintau Waha yang sudah lama tidak turun gelanggang ( yang dah khatam @ yang belum ), diharapkan sekiranya terbaca ruangan ini dapatla sama-sama 'meriuhkan' dan 'memeriahkan' suasana di gelanggang Lintau Waha. Selain itu, info terbaru, ahli-ahli lama diminta untuk mendaftar semula atau memperbaharui kad ahli masing-masing dengan segera dengan menghubungi saya atau Sdr. Muhamad Shafiq. Marilah Kita Bersatu Memartabatkan Perguruan Lintau Waha.


Ambik kau! Tumbukan Shafiq berjaya ditepis oleh Amirul dengan senyum sukanya. Suka sangatla 2.

Pembantu jurulatih kanan Lintau Waha, Sdr. Shafiq 'melayan' karenah pesilat paling muda, paling kecil dan paling bersemangat, adik Muhammad Amirul Zulqarnain bersilat. Walaupun belum layak dari segi umur untuk belajar, dia menunjukkan minat yang mendalam terhadap silat Lintau. Betul la tu... anak sapa? So, belia di luar sana khasnya dari kawasan Gugusan Waha, takkan tak berminat nak bersilat? Selain menimba ilmu, ia juga dapat menyihatkan tubuh badan kita dan mengisi masa lapang dengan aktiviti yang lebih berfaedah. Jom Silat!

1 comment:

NoorGie said...

hai nak buat mcm mane...dah tentu Amirul tu anak tok guru silat..mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi...

Related Posts with Thumbnails